Bahasa: EN | 中文 | BM |

HAIKY MARKETING SDN BHD

Pada tahun 2000, Haiky Marketing Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai anak syarikat untuk menyokong aktiviti pemasaran syarikat. Bahagian runcit kami berkembang menjadi penghantaran online makanan laut sejuk beku (www.online.nikudo.com.my) dan produk surimi Nikudo (jenama sendiri) di Lembah Klang dan membuka kedai konsep makanan laut Nikudo di SS2 Petaling Jaya pada tahun 2010. Kami juga membuka kedai konsep makanan laut di Kota Kinabalu pada tahun 2013.

Terletak di Kepong, Kuala Lumpur, HMSB bertanggungjawab menerima makanan laut yang diproses dan sejuk beku dari Sabah dan menjual di pasaran B2C. Bergantung kepada keadaan, produk makanan laut diimport dari negara sekitar seperti Indonesia, Thailand, China, India dan lain-lain untuk menambah kekurangan bekalan untuk pengedaran tempatan.